BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

FAQ



Berikut adalah soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh para pelanggan. Jika soalan yang anda hendak tanya tiada di sini, sila email atau telefon/sms saya. Terima Kasih.

1) Adakah bersauna berkesan menguruskan badan?  Ya, Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan menguruskan badan.

2) Berapa kali saya perlu bersauna dalam seminggu?
3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air segelas sebelum dan selepas bersauna.

3) Bilakah masa yang sesuai untuk bersauna?
Bila-bila masa anda rasa selesa, lepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.

4) Bila masa paling sesuai untuk bersauna semasa dalam pantang?
Seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan anda. Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi. Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.

5) Berat Badan saya dah turun, adakah saya perlu terus bersauna?
Ya, anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.

 6) Adakah bersauna beri kesan sampingan?
Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan ..Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung,asma atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

7)Bagaimana cara penjagaan sauna?
Selepas bersauna, buka zip , supaya bahagian dalam sauna terdedah kepada udara dan mempercepatkan ianya kering.Seminggu skali, semburlah febreeze,untuk bau wangi.Untuk steamer, jangan sekali-kali dibasuh dibawah air paip, hanya perlu lapkan bahagian dalam steamer menggunakan tuala basah.


8)Apakah perbezaan utama di antara kesemua enam jenis sauna dibawah rangkaian Sauna D'Home?
S.Diamon: Mempunyai rangka yang perlu dipasang
S.Ruby: Senang dipasang dan dilipat, mempunyai material tebal sama seperti S.Diamon
S.Pearl: Senang dipasang dan dilipat, tetapi mempunyai satu lapis material sahaja iaitu jenis PVC kalis air
S.Opal: Senang dipasang dan dilipat, material tebal tetapi mempunyai penutup kepala yang amat berkesan untuk merawat masalah migrain
S.Jade FIR: Senang dipasang dan dilipat, tidak mempunyai steamer pot, berfungsi sepenuhnya menggunakan tenaga dari cahaya gelombang infra merah yang terbukti amat berkesan merawat pelbagai masalah kesihatan.
S.Pants: Seluar sauna yang menumpukan untuk memberi faedah dan kebaikan sauna di tiga bahagian iaitu pinggang meliputi perut, peha dan pinggul. Sangat sesuai untuk mempercepatkan lagi proses menyingkirkan lemak di tiga bahagian tersebut.

9)Bolehkah saya membuat tempahan ke atas mana-mana produk sauna sebelum mengesahkan untuk membelinya?
Tempahan dibenarkan dan dikhaskan untuk pembeli yang serius sahaja. Walaubagaimanapun, sedikit bayaran deposit akan dikenakan bagi tempahan yang mengambil masa melebihi dua minggu sebelum pembayaran penuh dibuat.

10)Apakah bersauna mampu menurunkan berat badan saya?
Amalan bersauna secara konsisten amat terbukti berkesan dalam menurunkan berat badan seseorang. Walaubagaimanapun, di peringkat awal bersauna, sesetengah pengguna akan alami rasa pening kepala, tetapi hal ini tidak akan berlanjutan dan ia merupakan proses biasa kerana bersauna menyebabkan kita berpeluh dalam kadar yang banyak dan kita harus memperbanyakkan meminum air suam. 

11)Bilakah waktu paling sesuai untuk bersauna?
Tiada penetapan sebarang waktu khusus, terpulang kepada anda pada bila-bila masa dirasakan selesa. Tetapi, paling disyorkan sebelum anda mandi, bersauna seketika dalam 40 minit dan selepas bersauna, rehatkan seketika sehingga peluh kering dan setelah itu mandi.

12)Adakah bersauna mendatangkan kesan sampingan?


Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan .Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung,asma atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

13)Berapa hari tempoh masa pesanan sauna saya akan diterima melalui penghantaran Gdex?
Pesanan sauna melalui Gdex Express akan anda terima dalam tempoh masa 24 jam setelah pembayaran dibuat. Kecuali sekiranya anda membuat bayaran pada hari sabtu petang atau ahad, pesanan sauna anda akan dipos pada hari isnin (waktu pejabat) dan akan diterima pada keesokan harinya. Bagi kawasan pedalaman di Sabah/ Sarawak, pesanan kemungkinan akan diterima melebihi 24 jam. 

14)Bolehkan saya menggunakan perkhidmatan Pos Laju selain Gdex?
Anda boleh menggunakan perkhidmatan Pos Laju selain Gdex sekiranya berminat bagi tujuan pengurangan kos. Namun, pesanan anda tidak akan diterima dalam masa 24 jam. Kos penghantaran akan dimaklumkan kemudian melalui sms.

15)Adakah kesemua produk sauna daripada Sauna D'Home ini dijamin kualiti dan keselamatannya?
Ya, kesemua barangan didatangkan bersama jaminan selama 1 tahun dan ianya selamat digunakan.