BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

CARA PENGGUNAAN SAUNA


TIPS KURUS DENGAN SAUNA


Sauna atau apapun jenis program pelangsingan, memerlukan komitmen dan usaha yang konsisten daripada setiap pengguna. Ia memerlukan perhatian dan kerjasama daripada setiap pengguna agar patuh pada peraturan tatacara dan selalu berusaha menjauhi segala jenis makanan yang mampu mengundang lemak-lemak yang berlebihan di badan. Untuk melihat keberkesanan sauna ini, setiap pengguna dinasihatkan untuk:-

1) Bersauna tiga (4) kali seminggu dan diselang-selikan hari bersauna - Ini penting bagi mengelakkan pengguna sauna mengalami masalah kekurangan air di dalam badan dan sekaligus menimbulkan gejala dehIdrasi dalam badan seperti masalah bibir kering, terlalu dahaga dan keletihan.

2) Meminum air sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari - Ia selaras dengan syor para doktor agar kita sentiasa memperbanyakkan minum air dan sekaligus menggalakkan pengeluaran toksin di dalam badan.

3) Meminum air sebelum dan selepas bersauna - Penting bagi setiap pengguna untuk meminum air sebelum dan selepas sauna agar badan kita tetap berasa segar dan bertenaga serta membuatkan badan kita lebih bersedia untuk mengeluarkan peluh dalam kadar yang banyak. Peluh yang dikeluarkan sebenarnya amat baik dari sudut kesihatan kerana ia menyingkan lemak dan membuang toksin di dalam badan.

4) Mandi selepas peluh kering - Digalakkan kepada semua pengguna agar mengeringkan badan seketika sehingga peluh di badan benar-benar kering dan ini mampu mengelakkan masalah kulit seperti panau dll.

5) Memperbanyakkan pengambilan buah-buahan yang berserat tinggi.

Insyaallah, setiap amalan yang istiqamah, niat yang ikhlas dan disertai dengan mengamalkan tips-tips di atas, anda akan mampu melihat hasil yang menakjubkan pada tubuh anda hanya dalam masa beberapa bulan. Selamat berjaya!


PERINGATAN PENTING UNTUK PENGGUNA SAUNA:

1. Kaum lelaki diingatkan agar tidak bersauna melebihi 3 kali seminggu kerana sekiranya bersauna terlalu kerap (lebih dari 3 kali seminggu), dikhuatiri mampu melemahkan fungsi prostat dan kesuburan kaum lelaki.

2. Dilarang bersauna semasa cuaca hujan lebat atau kilat. Kuasa voltan di persekitaran anda sangat tinggi pada waktu itu. Jauhi sauna untuk mengelakkan sebarang risiko yang mampu mendatangkan bahaya kepada diri anda.

3. Dilarang bersauna semasa 'period' dan hamil.


TIPS PENJAGAAN PERIUK:

1.Air hendaklah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam periuk sebelum membuka suis elektrik periuk.

2.Periuk hendaklah direhatkan minimum selama 30 minit selepas setiap kali bersauna. Setelah itu, pengguna boleh menggunakan periuk sauna ini semula untuk meneruskan sesi sauna anda di rumah.

3.Elakkan daripada menggunakan periuk sauna secara berterusan dan berpanjangan. Ini boleh menjejaskan fungsi dan ketahanan periuk sauna anda.